Friday, February 20, 2009

a big suprise

Got it from KOS*MO! today.

I've always admired Allahyarham and was shocked by the news semalam.... :-(

to tell you the truth, i don't take pictures dengan sesiapa yang i interview kecuali him. seriously. and that picture sepatutnya utk tatapan personal sahaja...tapi photographer masuk dalam system, and now satu Malaya (yg baca kosmo! je-la) tgk sekarang ni...adus! malu ok?

al-fatihah to arwah Datuk Ibrahim Hussein.


RENCANA UTAMA

Makna hidup Ib

Lebih lima dekad menghambakan dirinya dalam bidang seni, Datuk Ibrahim Hussein adalah ikon terbilang.




'HIDUP tiada makna kecuali anda mempunyai jawapan kenapa anda menangis, kenapa anda ketawa.'

Demikian antara petikan ungkapan penuh bermakna yang tertera bersebelahan biografi pelukis agung negara, Datuk Ibrahim Hussein di laman web Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein yang ditubuhkan atas usaha payah jerihnya pada tahun 2000.

Semalam dunia seni halus negara bisu seketika. Karya-karya anak kelahiran Yan, Kedah ini juga kaku. Semuanya tergamam menerima perkhabaran duka pemergian Ibrahim atau lebih sinonim dengan gelaran Ib awal pagi semalam.

Masih gagah pada usia 72 tahun, namun penyakit jantung yang dihidapinya tanpa diketahui ramai orang, menjemput nafas terakhir Allahyarham di Hospital Pantai Bangsar, Kuala Lumpur. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Sim Hussein dan anak perempuan, Alia Ibrahim.

Allahyarham juga merupakan adik kepada Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein dan Tan Sri Ismail Hussein yang merupakan Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA).

Kehebatan pelukis tersohor ini adalah satu legasi yang tiada tolok bandingannya. Dia adalah anak kampung yang hidup dalam kesusahan dan kepayahan. Dia juga bukanlah anak yang pintar dalam bidang akademik.

Namun, cita-cita, kesungguhan dan bakat semula jadinya akhirnya membolehkan lukisan anak kampung itu menghiasi dinding istana-istana raja dan rumah-rumah perdana menteri Malaysia.


RAJA MUDA PERAK Raja Nazrin Shah antara yang hadir memberi penghormatan terakhir untuk Allahyarham Ibrahim.


Gahnya karya-karya lukisan Ib yang menyorot perspektif dan nafas baru dalam seni tampak bukan sahaja dikagumi peminat dalam negara bahkan menarik minat pencinta seni lukisan dunia.

Lantaran itu, bukanlah menghairankan catatan diari pameran yang pernah diadakan Ib merentas pelbagai negara. Sekadar menyebut beberapa pameran antarabangsa yang meletakkan Ib sebagai pelukis dalam kelas tersendiri, beliau pernah mengadakan pameran hasil karyanya secara solo di Galeri John Wibley,
IBRAHIM bersama isterinya, Sim Hussein.


London pada tahun 1962, Gallerie Internationale New York, Amerika Syarikat (1965), Newsweek Gallery, New York, Amerika Syarikat (1968), Dhait Abdullah Al Salam Galley, Kuwait (1977), Daruma Art Centre Copenhagen, Denmark dan Galerie Bortier, Brussels, Belgium (1983).


WARTAWAN Kosmo!, Johanna yang pernah menemubual Ibrahim pada tahun 2006.


Namun, karya agung Allahyarham tidak lain dan tidak bukan adalah penubuhan Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein atau IHMCF. Beliau menumpahkan seluruh jiwa raganya dalam merealisasikan muzium yang terletak di kawasan seluas 16,000 kaki persegi di kawasan Hutan Gunung Mat Chincang dan berhadapan kehijauan air Laut Andaman di Pantai Pasir Tengkorak, Pulau Langkawi, Kedah itu.


HASIL karya Ibrahim dipamerkan di New York, Kuwait dan Denmark.


Pernah ditemu bual wartawan Kosmo! pada tahun 2006, Allahyarham mengakui IHMCF lahir daripada manifestasi seluruh kehidupannya.

"Untuk memulakan cerita bagaimana idea penubuhan yayasan ini bermula, biarlah saya ceritakan sedikit sebanyak berkenaan kehidupan masa lampau, bagaimana ia telah memberi kesan mendalam dan membentuk diri saya sekarang.

"Saya berasal daripada sebuah keluarga yang susah dan kehidupan kami sekeluarga ketika itu sememangnya amat sukar," kata anak kelima daripada enam beradik itu sewaktu diwawancara wartawan Kosmo! Joha*nna A. Sob*rey.


FIGURA yang dikagumi dalam bidang seni halus kerana kehebatan hasil karya lukisannya.





Cerita Allahyarham, ketika berusia awal 20-an, beliau hanya mahu diberi kebebasan melukis dan meluahkan perasaan dengan cara tersendiri tanpa sebarang harapan daripada sesiapa.

Namun, pelbagai tekanan termasuk masalah kewangan sentiasa membayangi diri beliau dan memaksanya mencari jalan untuk menampung kehidupannya.

"Contohnya, ketika di Sekolah Seni Byam Shaw, London, saya merupakan satu-satunya penuntut dari Asia. Ia adalah waktu yang sememangnya sukar dan penuh dengan kesunyian.

"Suatu ketika dahulu, saya pernah melakukan pelbagai kerja seperti penghantar surat untuk hidup. Ia satu pengalaman tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

"Kemudian, selepas mengecap pelbagai kejayaan daripada jatuh bangun pada usia muda, pada satu hari ketika sedang berenang di kolam renang rumah sambil memikirkan sejarah hidup dan pelbagai halangan serta kesukaran yang pernah dihadapi, timbul ilham untuk mewujudkan IHMCF," cerita Allahyarham. Selepas lapan tahun menumpahkan segala usaha dan berhabisan RM10 juta pada tahun 2000, IHMCF dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Dalam kesedihan kehilangan sebutir permata berharga dalam bidang seni halus, yang pasti, Ib telah menjalani hidup yang sangat bermakna. Allahyarham pergi dengan mengetahui jawapan kepada setiap tangisan dan ketawanya.

Wednesday, February 18, 2009

High on milk


breastpump - RM368;
bottles - RM44;
nursing cover - RM29;
diapers - RM36;
striliser - RM16 or RM200...
watching your child drink milk and then smile (even masa dah tidur and still dok minum) - priceless.


Dahlia is 4 days away from celebrating her 2 month old birthday and she's growing wonderfully...in fact, she's getting taller and badan pun dah makin sedap-sedap eventho she's still tiny...

a few of her baju esp the sleep jumpers dah tak muat sebab kaki dia panjang. she's a very active and alhamdulilah a very happy baby. yes, she does cry loudly but then again, baby mana yang tak menangis kan?

she loves to smile and kena dukung. she sees the world with amazement tru her big round almond shaped (?) eyes...

and she loves to isap nenen. boy, does she loves to drink her susu..! :-) kalau terlepas je dari mulut, mesti mencari and latch on terus. kalau tak dapat, she would be fussy and mencuba sampai dapat.

and if she does dozed off apabila dah kenyang, she would give this heart-melting smile sambil tutup mata. kinda reminds me when ppl high with something they like.

since day 1, Dahlia has been drinking susu badan directly. only recently she minum expressed breastmilk (ebm) tru botol. itupun sekali sehari and kalau i sempat nak pump.

alhamdulilah she boleh terima botol. i was worried as i will be going back to work tomorrow (argh!). tho, i'm ot sure how much she drinks as i could only get about 2 oz whenever i pump in the afternoon.

it is very frustrating and yes, i do know u need to pump a few times a day. but i don't have the kesempatan and Dahlia drinks almost every 2 hours..anyway,i do it at least once a day.

but if dapat lebih 3 oz, i will keep it in the freezer, jadikan stok for her when i go to work. if tak simpan, habis takde susu utk dia...

i wasn't worried if dia tak minum botol di rumah sebab i'm still at home and dia boleh minum direct. i am very-very extremely worried if stok susu takde while i'm at work.

as most babies, Dahlia juga suka menghisap. but dia tak suka sama sekali pacifier. she would spit it out whenever its in her mouth. and we have changed pacifier, mind u.

i have to admit that masa memula i almost gave up on breastfeeding because it is very hard and tiring...but fitri and my family has been supporting me and alhamdulilah sampai sekarang i'm still bf her...

when i think about it, bf does create this magical bond between the mother and baby. and my heart aches when i think about going back to work and unable to bf my baby....i even cried yesterday sebab sebak nak tinggalkan dahlia at home.

i believe my parents will be great with dahlia, its just that i wont be there to play, feed, bathe her...

i pray that i could get home early, before her bed time to feed and see her...being in this industry, i realise its hard. our waktu kerja is never normal. but i will try my best & lebih rajin agar dapat balik awal...azam baru ni...

anyway, i think bf rawks! just kena tabah, sabar (sangat-sangat bersabar) and buat tak tau when ppl pandang u pakai the nursing cover while bf... :-) ( i so love the nursing cover!! and the pillow...sangat-sangat berguna!)

Thursday, February 12, 2009

popcorns + movie...

I've always loved movies...well, you could call me a movie junkie...unlike my husband who loves old black and white p.ramlee movies, i prefer the usual (good) english-language movies...

don't get me wrong, i do love arwah tan sri's movies...but takdelah sampai sanggup tengok berulang kali. but i have to say that the seniman agung title fits him perfectly. until now, no one in this country could challenge him. he can sing, he can dance, he can write and compose music and boy, he can act - not just comedies but serious roles as well...

anyway, as i mentioned before i've always loved the movies...tho, masa kecil, i don't to go to the panggung often...

for me movies isn't just a way for me to relax, but gives me an insight to the world...how creative some people are...ok, not to mentioned that some actors/actresses are gorgeous... :-P (i still remember how i had the biggest crush on the stars in Mighty Ducks!)

as far as i could remember, among my first wayang yang tengok was Teenage Mutant Ninja Turtle The Movie with my Pak Teh Rosli and cousins Dayang and Reza; and Free Willy with my mom, bro and cousins from my mother side..

Free Willy was the movie that made me want to be a marine scientist...hence, the marine science degree i got from Up*M...altho takde rezeki nak jadi saintis, at least i berpuas hati that i learnt something that i really wanted and love....(tetibe teringin nak pergi diving lagi..)

aiyoh! selalu terkeluar topik...ishk..

back to movies....i remembered the long queues everywhere when Jurassic Park first came out....i can't remember if i watched it dekat panggung but i do remember the baris panjang...

since i don't often tengok wayang masa kecil, the family selalu sewa video tape kat this one shop in melawati...macam dvd/vcd "tak sah" masa sekarang, dulu it was video...having the vcr was such a bliss...

almost every week my bro and i would pester papa to visit the video shop...we would spend a long time choosing the movie we wanted to watch...not just that, the shop is sebelah je dengan the clinic yg we all pergi whenever we are sick..so, lepas checkup, mmg tak sah if tak visit that shop.

i would always ask the tauke if movie so and so ada or dah sampai and at times, he would let us know movies terbaru yang ada...bringing home 3-4 tapes each visit makes us happy everytime...

since there's no more vcr players, the video shop has closed down its business as well....

then there was the laser disc...which i had the chance to watch it over my Pak Teh & Mak Teh's place whenever i lepak there...

then came the vcd...so like normal people out there, carilah vcd yang "mampu milik"..masa dulu pakai beli je, tak pikir sama ada nampak kepala orang ke, or boleh dengar orang ketawa or makan ke..nampak je cerita yang macam best, beli...

lama-lama jadi bijak sikit and memilih la juga..nak movies yang clear je...we had tonnes of those vcds...and i kept them in a box which was trown away during spring cleaning the store room just before dahlia was born...

dvd's of course ada banyak di rumah...dulu, sma juga, pakai beli and now....pilih yg dvd 9 je..hahaha...

of course, as we are growing up, the visits to panggung wayang pun bertambah esp bila dah dapat kebenaran nak keluar with friends and u have your own money (or masa zaman sekolah, kumpul duit belanja)...

so far that i remember, i watched cerita seram sekali je kat wayang...itupun sebab nak temankan my friend, apin...truthfully, i didn't even watch the movie..i was too scared, so i tidur dalam panggung. hahah...can't remember what movie it was...ala-ala final destination..(ke mmg f.d..ntah tak ingat).

apart from the usual romantic-comedy, i don;t mind watching cartoons or kiddie movies di panggung... :-P

since i am spending a lot of time at home, the idiot box has been my company this last 2 months...so, selalu la tgk the movie previews yang disiarkan...

and here's some of the movies i really-really want to watch this year...